Sunday 23 February 2014

Ciri-ciri arnab dijangkiti kurap

Penyakit kurap merupakan antara penyakit yang paling popular menyerang arnab. Sayasukaranab juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah ini ketika awal-awal memelihara Tyra dan Giorgio. Hal ini boleh disebabkan oleh keadaan persekitaran sangkar yang kurang kondusif dan tercemar, hidup dalam kelompok arnab yang telah dijangkiti kurap mahupun bawaan induk. Bagi pencinta arnab amatur seperti sayasukaarnab, jalan termudah untuk merawat kurap ini ialah dengan berkunjung ke klinik haiwan yang berdekatan. Tetapi dengan cara ini kos yang tinggi diperlukan kerana setiap kali rawatan bersama vet memerlukan kita untuk membayar kos ubat-ubatan berserta konsultansi. Hal ini pastinya merunsingkan penternak arnab secara besar-besaran, bayangkanlah kos yang diperlukan untuk rawatan kurap bagi kuantiti arnab yang melebihi 20 ekor, sudah tentu tinggi!

Lantaran itu, resolusi yang telah diamalkan sayasukaarnab ialah dengan melakukan rawatan sendiri. Paling utama, kenali dahulu penyakit arnab anda, adakah your beloved rabbit dijangkiti penyakit kurap mahupun penyakit yang lain? Seterusnya, adakah arnab anda mempunyai alergi terhadap sebarang ubat-ubatan kimia? Menerusi pengalaman terdahulu sayasukaarnab, apabila arnab kesayangan anda dijangkiti Cheyletiella parasitovorax atau lebih dikenali sebagai kurap iaitu hama yang menjangkiti bahagian kulit badan dan telinga arnab anda, maka ciri-ciri jelas yang dapat dilihat ialah seperti berikut :

1.     Kehilangan bulu dibahagian tertentu anggota tubuh arnab. Biasanya kehilangan bulu ini sehingga menampakkan kulit arnab. Kerap berlaku dibelakang tengkuk, kaki, bahagian bawah badan dan telinga arnab (tetapi sila bezakan terlebih dahulu samada arnab sedang mengalami molting atau dijangkiti kurap).

kehilangan bulu dibahagian tengkuk antara tanda-tanda awal arnab anda dijangkiti kurap...

2.   Wujudnya kupingan/kerak dibahagian permukaan kulit. Berwarna keputihan, keras dan tiada bulu dibahagian tersebut. Acapkali arnab akan menggaru dibahagian tersebut sehingga kupingan tersebut semakin menebal jika tidak diberikan rawatan segera. Hakikatnya, darah yang terhasil kesan cakaran/garuan arnab tersebutlah yang menjadi makanan kepada hama tersebut. Kerak yang semakin menebal tersebut merupakan  sel kulit mati dan koloni ribuan dan mungkin juga jutaan hama yang menjangkiti arnab anda.

kurap dibahagian kaki Tyra dahulu yang berkuping-kuping...

kurap dibahagian telinga digaru sehingga terjadinya luka kecil dan akhirnya nanti akan membentuk kerak yang berkuping...


Jika arnab anda menunjukkan salah satu atau kedua-dua daripada ciri-ciri diatas, maka YA arnab anda telah dijangkiti kurap. Sila lakukan rawatan dengan segera sebelum terlambat kerana kurap bukan sahaja boleh menjangkiti arnab lain, membawa maut kepada arnab tersebut malah turut menjangkiti manusia.

Penyakit Kurap Pada Arnab

( GAMBAR HIASAN ) jenis kuman yg ada pd kurap arnab.
( GAMBAR HIASAN ) contoh penyakit kurap yg kritikal.
SALAM..tajuk pada kali ini saya mahu berkongsi kepada pembaca semua,iaitu penyakit kurap,penyakit kurap ini ialah penyakit yg kita tidak boleh elakan terjadi buat arnab kita dan juga haiwan belaan lain,yg kita hanya mampu lakukan ialah sekadar mencegah dan mengubat sahaja,penyakit ini terjadi biasanya kerana percampuran arnab yg sehat dan juga arnab yg telah pun terkena penyakit ini atau mempunyai hama didalam kulit mereka,jadi bila bersentuh antara bulu,maka bermulalah bakteria ini akan membuat sarang mereka ddalam kulit arnab anda,punca lain ialah seperti kawasan reban yg lembab,hama bawaan kucing,anjing,burung ( paling bahaya ) dan juga kawasan tanah yg lembab,secara amnya kuman ini ada ditanah..jadi antibodi arnab nada juga amat penting untuk menentukan lambat atau cepat mereka melawan akan pertumbuhan hama itu didalam kulit arnab anda..kali ini saya ada berikan contoh ubat yg anda perlukan iaitu "kelamectin 1% " yg berasaskan ivermectin.ia boleh mengubat penyakit kurap,kembung perut,hapuskan bekteria dlm usus,dan juga mematikan cacing dlm usus arnab dan juga haiwan peliharaan anda yg lain.
setiap belian atau tempahan saya galakan untuk call saya secara terus..itu lebih memudahkan anda..terima kasih..

Ubat Kurap Arnab

Berdasarkan ciri-ciri arnab dijangkiti kurap dalam entry lepas, bahan yang digunakan untuk mengubati kurap arnab adalah seperti berikut :
1.      Bexton (Ivermectin 0.1% Oral Solution)
2.      Picagari tanpa jarum
3.      Dettol

 Bexton (Ivermectin 0.1% Oral Solution)

Picagari tanpa jarum
pi
Dettol pembasmi kuman


Seterusnya langkah-langkah dalam mengubati kurap arnab adalah seperti berikut :
1.      Sediakan Bexton, picagari dan Dettol. Pastikan picagari tersebut adalah baru mahupun telah disterilkan terlebih dahulu bagi membasmi sebarang kuman.

sediakan bahan-bahan yang diperlukan

2.      Sukat Bexton menggunakan picagari mengikut kuantiti yang disyorkan. Sayasukaarnab akan memberi my beloved rabbits Bexton mengikut berat badannya (berdasarkan pengalaman rawatan di klinik haiwan terdahulu yang telah terbukti berjaya mengubati kurap arnabku). Contoh : 0.7kg – 0.7ml. Tetapi bagi siapa-siapa yang masih ragu, sila patuhi jadual dibawah.

sukat Bexton gunakan picagari

Bexton dosage

3.      Berikan kepada arnab. Pastikan Bexton tersebut masuk ke dalam mulut dan arnab anda benar-benar menghabiskannya.

4.      Berikan Bexton dalam tempoh selang 2 minggu. Contoh : kali pertama – 1 Februari 2012, kali kedua – 14 Februari 2012 dan kali ketiga – 28 Februari 2012.

5.      Setelah 3 kali rawatan, kuping kurap akan tertanggal dan kesannya hilang dengan sendirinya. Pastikan arnab anda dirawat tidak lebih daripada 3 kali. Sekiranya rawatan yang berikutnya diperlukan, sila selang 2 bulan kemudian. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya keimunisasian Bexton iantu kurap arnab sudah lali dengan Bexton dan tidak boleh dihapuskan menggunakannya lagi.

6.      Paling penting, pastikan keadaan persekitaran sangkar arnab berada dalam keadaan bersih dan selamat. Gunakanlah pembasmi kuman seperti Dettol untuk membersihkan kawasan persekitaran arnab dan anggota tubuh anda yang terkena arnab yang berkurap. Hal ini bukan sahaja dapat menghalang daripada kurap menjangkiti arnab semula, malah turut mengelakkan daripada kurap tersebut menjangkiti anda.

*PERINGATAN : Jangan berikan Bexton kepada bunnies yang berusia dibawah 3 bulan dan arnab yang sedang bunting. Hal ini kerana dikhuatiri kesan sampingan Bexton yang boleh memudaratkan kesihatan arnab tersebut. Segala langkah berkenaan adalah berdasarkan pengalaman sayasukaarnab yang tidak seberapa ini. Jadi terpulang kepada pencinta arnab diluar sana untuk mengaplikasikan langkah-langkah ini dalam merawat arnab anda.

Bagi pengetahuan semua, Bexton dapat membasmi kurap (hama), di samping cacing dalaman badan arnab. Bekalan Bexton juga boleh didapati daripada penternak arnab yang boleh dihubungi melalui laman maya. Itu sahaja, selamat mencuba.

mudah