Tuesday 25 September 2012

Jenis-jenis penyakit yang sering dialami oleh arnab


APA YANG BERLAKU PADA ARNAB SAYA!???
Setiap daripada kita pasti akan mengalami saat getir di mana arnab kita jatuh sakit. Disini, Pakma akan membincangkan beberapa jenis penyakit dan komplikasi yang sering dihadapi oleh arnab....





Myxomatosis
Myxomatosis diakibatkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya disebarkan oleh kutu atau serangga penghisap darah yang lain. Penyakit ini telah lama wujud di Amerika Selatan sebelum ia tersebar ke Eropah dimana populasi arnab di Amerika Selatan menunjukkan kerintangan terhadap virus ini. Apabila penyakit ini tersebar ke Eropah pada tahun 1950an, ia telah menyebabkan kematian berjuta ekor arnab. Arnab yang dijangkiti menunjukkan simptom seperti bengkak di kepala dan mata. Penyakit kurang berlaku sekarang kerana arnab telah mula memiliki rintangan terhadap penyakit ini. Kini
Vaksinasi terhadap penyakit ini boleh diperolehi daripada klinik veterinar.


Bisul
Komplikasi ini selalu terdapat di kepala/muka. Ia selalunya disebabkan oleh pergaduhan atau luka yang diakibatkan oleh geseran. Kawasan bisul akan membengkak dan menghasilkan nanah yang berketul. Bisul akan sembuh dengan cepat setelah nanah dikeluarkan.



Kembung Perut
Selalunya berlaku pada arnab yang memakan dedaun hijau yang berlebihan setelah tidak diberi dedaun hijau untuk suatu tempoh yang panjang.


Cirit
Cirit selalunya disebabkan oleh pemakanan yang tidak teratur. Ia juga boleh berlaku jika arnab diberi dedaun atau pellet yang berlebihan. Terdapat juga masalah cirit yang berpunca dari peningkatan kandungan bakteria bermasalah seperti Saccharomycopsis spp., Clostridium spp., atau yis. Cirit yang disebabkan oleh jangkitan kuman selalunya mengakibatkan radang pada lapisan usus dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera. Kebanyakan vet akan merawat cirit yang teruk sebagai jangkitan coccidia (coccidiosis). Antibiotik berasaskan sulfat akan diberi. Apabila antibiotik digunakan dalam rawatan, pastikan arnab diberi larutan probiotik untuk menambah semula mikroflora baik di dalam usus.
Selain itu, pemilik arnab disarankan memberi cecair ORS (Oral Rehydrated Salt) kepada arnab untuk mengelakkan kekeringan (dehidrasi) pada badan arnab.

Apakah itu Coccidiosis?

Coccidiosis adalah sejenis penyakit usus yang menjangkiti beberapa spesies haiwan mamalia seperti kucing, arnab termasuk manusia. Agen penyebabnya ialah protozoa yang berkemampuan untuk berganda dengan cepat. Dua genus utama protozoa yang menyebabkan Coccidiosis adalah Eimeria and Isospora. Kedua-dua genus ini menjangkiti pelbagai jenis haiwan diserata dunia pada tahap jangkitan yang berbeza. Ada spesies yang mengakibatkan simptom-simptom kecil tidak disedari, dan ada spesies yang menyebabkan jangkitan yang serius dan membawa maut. Cara protozoa ini menyebabkan kerosakan kepada perumah ialah melalui pembiakan yang tidak terkawal pada dinding usus sehingga mengakibatkan penipisan lapisan dalaman usus. Pembiakan ini berlaku dalam beberapa peringkat sebelum Oosis dihasilkan dan dikeluarkan dari badan perumah melalui najis. Oosis boleh wujud dipersekitaran untuk tempoh yang lama dan sukar dihapuskan secara menyeluruh. Coccidia akan berkembang di dalam perumah baru sekiranya perumah baru mengambil makanan dan minuman yang tercemar dengan Oosis.


Selsema
Antara jangkitan yang sering berlaku pada arnab dan manusia. Simptom selsema pada arnab adalah sama dengan simptom yang terdapat pada manusia - mata dan hidung berair, bersin, dan batuk. Akan tetapi pada arnab, selsema adalah disebabkan oleh bakteria dari genus Pasturella. Jangkitan boleh merebak hingga ke peparu dan mengakibatkan radang peparu. Ia juga boleh merebak hingga ke bahagian tengah telinga, dan mengakibatkan hilang keseimbangan padan serta masalah disekitar tengkuk. Rawatan awal dengan antibiotik dapat mengawal simptom ini.

No comments:

Post a Comment

mudah