Thursday, 22 November 2012

Trianta


Thrianta yang asal adalah baka yang dihasilkan oleh breeder Belanda, Mr Andrea.
(Orange kan warna royal family Dutch)
Akan tetapi sebab kurangnya minat dari breeder belanda, baka ini tidak berkembang.
Di Germany terdapat breeder yang menghasilkan baka seakan Thrianta dan dinamakan Sachsengold. Seorang breeder Sachsengold dr Germany, Mr Kissner telah membeli stock terakhir Thrianta dr Belanda untuk meningkat kualiti arnab nya.
Dan pada tahun 1079, nama baka Sachsengold telah ditukar kpd Thrianta bg memperingati Mr Andrea.
Warna Thrianta – Self Orange, no white belly, tiada Dark rim pada telinga, tiada ticking
Berat – 2-3 kg.

Wednesday, 26 September 2012

Tuesday, 25 September 2012

Berus Sliker utk grooming atau trimming


Ini ialah contoh berus sliker atau slicker brush yang boleh anda gunakan untuk menyikat atau memberus arnab anda yang berbulu panjang (baka Angora etc). Berus ini berfungsi untuk merapi dan mencantikkan bulu arnab anda dan ia juga boleh menjadikan flea mites (kutu bulu) terjatuh atau gugur daripada bulu arnab anda. Terdapat pelbagai pilihan rupa, gaya dan material berus sliker ini.
Ini pula ialah berus sliker yang saya gunakan untuk memberus arnab saya..

Jenis Arnab

Baka arnab

Baka arnab dibahagikan kepada 3 iaitu baka pendaging,baka bulu dan baka hiasan.
Baka pedaging telah dibiakkan atas ciri pertumbuhan dan capaian saiz yang cepat, meat ratio yang tinggi, tahap kesuburan yang tinggi. contohnya New Zealand White, California, American Giant Chincilla.
chinchilla
 newzealandwhite
Baka bulu pula adalah baka yang dihasilkan atas tujuan untuk mendapatkan “wool” atau “pelt”. Antara baka yang terhasil ialah Giant Angora yang dapat menghasilkan wool yang byk sepanjang tahun & Rex yang menghasilkan pelt seakan baldu.


angora rabbit Rex Rabbit
Semua baka diatas boleh dijadikan pet, akan tetapi terdapat baka yang sememangnya dihasilkan khas untuk tujuan pet/Hiasan.
Baka hiasan kurang sesuai dijadikan pedaging kerana capaian saiz yang lambat, bone ratio yg tinggi, lambat matang. Antara baka pet yang kita ketahui ialah Netherland Dwarf, Holland Lop, Thrianta, Lionhead etc.

Kenali Bahasa Arnab

sebentar lagi anda akan diberitahu mengenai apa yang cuba disampaikan oleh arnab anda…. dalam MARI BELAJAR BAHASA ARNAB

1.Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.

2.Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy

3.Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar

4.Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja

5.menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.

6.Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.

7.Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian

8.Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira

Informasi Berguna

Pemeliharaan Arnab
Baka arnab
1. New zealand white
2. Californian
3. Carolina
4. New simonare
5. Sepanyol
6. Dwarf
7. Dutch
8. French lop
9. Angora
10. Rex
11. Giant bouscat
12. Satin
13. Mini lop



Design Rumah/Sangkar/Reban arnab





mudah